Thursday, February 6, 2014

Tragedi Disember 2013 - part 4

 Setelah penat meredah air banjir dari simpang sungai isap ke SMK Paya Besar, terasa sangat penat sebenarnya...nak tercabut kaki...tetapi apabila melihat anak-anak, aku dan suami also Nurul Izza dan Wan, tiba-tiba mendapat power yang Allah berikan agar kami kena kuat semangat dan bersabar...demi anak-anak kami kena KUAT...bahu rasa rebeh..tangan rasa nak tercabut...korang bayangkan kami berjalan kaki meredah air banjir tersebut dengan anak-anak yg kecil also dukung bb Amar sedangkan truck PDRM, TLDM, Pertahanan Awam dll badan keselamatan semua ada di persimpangan Sungai Isap tu..just penuh orang-orang dia dalam truck....truck ke hulu kehilir time tu tp kami tidak dibawa ke Pusat Pemindahan Banjir dengan menggunakan truck..perasaan time tu hanya Allah yang tahu...masing-masing buat tak tahu...semasa kami turun dari bot TLDM, mereka memberitahu bantuan kami hanya sampai di sini sahaja yer (dari umah kami - simpang sungai isap sahaja)...selebihnya pandai korang ler...PDRM,TLDM, Pertahanan Awam semua tersadai beramai-ramai di simpang tersebut dengan truck mereka yang dipenuhi anggota-anggota mereka...hujan renyai kami terpaksa meredah banjir dengan bahu yang penuh bag dan pegang anak also dukung anak....aku rs nak menangis tp aku kena kuatkan semangat...
amar yang sangat good dan sangat2 memahami kepenatan mama dan papa..tidak meragam ok....alhamdulillah syukur Amar sgt baik...sampainya kami di SMK Paya Besar, ada pakcik-pakcik yg berdiri di pintu pagar sekolah memberitahu kami agar mencari pusat pemindahan banjir yang lain sebab very full, no electric and no water...kesian kat korang semua sebab anak kecik katanya...ada yang tido kat luar koridor sekolah nak oiii ....apabila mendengar nasihat pakcik tersebut maka  kami naik truck askar tentera darat  untuk ke Pusat Pemindahan Banjir yang lain...jadi kami bergerak ke SEMSAS...

sampai kami di SEMSAS, jam dah menunjukkan jam 7.00ptg...pakcik-pakcik yang tersadai di dewan sekolah dimana tempat kami turun dari truck tersebut memaklumkan perkara yang sama agar mencari pusat pemindahan banjir yang lain sebab very full, no electric and no water....jadi kami naik lagi truck tersebut dan Nurul Izza memberitahu kami nak gerak ke Batu 12, kononnya nak pergi rumah akak dia untuk menumpang...jadi truck membawa kami ke Batu 12...dan stop di hadapan SMK Seri Mahkota...

kami dok lepak di bus stop depan sekolah....tp malang sekali, tiada siapa yang sudi mahu membantu....macam-macam alasan...Nurul Izza dah mula sebak dan menangis...kami faham jadi dah 30minit tersadai depan bus stop, my hubby ajak g masjid aje dan azan sudah berkumandang..di bus stop tersebut barulah amar nak menetek..aku dah mula sebak..jadi aku toleh ke belakang untuk memberi susu kepada Amar yg dahaga dan lapar..

selepas mendengar azan dan menyusukan amar maka kami memulakan jalan kaki ke masjid...tiba-tiba aku tgk SMK Seri Mahkota ramai orang...jadi kami terus masuk dan memaklumkan yang kami mangsa banjir...terus kami masuk ke dalam dewan....dilihat dalam 25 buah family sudah ada di dalam dewan tersebut....sampai sahaja kami di dalam kelas yang dibuka mcm dewan, aku bentangkan toto yang kami bawa (dah lembab) untuk letakkan Amar...Amar mengeluh lega dapat baring...menitik airmata aku melihat anak-anak yang kepenatan...aku buka baju anak dan tukar sebab basah...kesian kat amar..adib, papa settlekan...di SMK Seri Mahkota tu ada elektrik, tak ramai lagi mangsa banjir dan air ada hanyadi luar kawasan sekolah...that mean dalam toilet takde tp diluar kawasan toilet kat paip-paip ada air...jadi boleh le kami mandi, kencing dll hal....

 


to be continued........................sedeyyyyyyyyyy

Tragedi Disember2013 - part 3

 my little kiddo yang happy tgk air banjir...time ni kami menunggu bot...jadi kami dok dikawasan yang rendah sikit....tak larat nak berendam dalam air ok!!!!! sojukkkkkkk
 melegakan hati yang risau jadi kena amik gambo dulu...ekekekekekekeke..
 sukahati korang yerbudak-budak main air banjir....
 nila pemandangan sekitar padang yang mana banyak kereta hok mahal-mahal jahanam...jadi aquaria...
 ni kat jalan raya yang kami lalui sementara tggu bot penyelamat...yang bot personel punyer....so tak angkut kami deh....kena bayor ok...
 suami isteri yang malang jadi mangsa banjir....ecehhhhhhhh macam ko sorang yerk...
sudah penat....sudah mengeletar kesejukkan...dok atas kereta sapa entah...kesian kat deme...

Tragedi Disember 2013 - part 2

 hehehehhe...gambar ini ketika kami mengharungi banjir di depan umah mak cho yang kami tumpang....happy tak tgk budak kecik 2 orang tu....tp hati mak ko allah jer yang maha mengetahui betapa runsingnya aku..adib siap cakap "bestnya banjir mama"...tula kanak-kanakkan...well, kami berangkat ke pusat pemindahan banjir pada hari khamis(4.12.2013), selepas jam 3.00petang..setelah menerima nasihat daripada pihak bomba agar berpindah kerana akan berlaku gelombang besar ke-2 esok...dulu lorong ini tidak dinaiki air langsung ketika banjir besar pada tahun 2001...jadi tahun ini kena jugak sikit....ramai yang dok lorong ini tidak berpindah kerana yakin air tidak akan naik...tp kami memikirkan keselamatan anak-anak...andaikata naik ler air, bagaimana nak minta tolong ditengah malam buta...malang tak berbau kan...jadi kami gerakkkkkkkkk pindah...itu keputusan akhir yang kami ambil...
 inilah rumah mak cho yang kami tumpang tu....jadi segala barang-barang separuh daripadanya kami tinggalkan di atas kitchen cabinet...separuh daripada tu kami bawa untuk keperluan di pusat pemindahan mangsa banjir....kereta kancil aku tu pun dah tercabut plat keretanya....tgk amar?? excited tgk air.......nak terjun tu...mata dia terbeliak besar....dalam hati aku hanya mampu berdoa agar kawasan ini tidak dinaiki air pada level yang tinggi....cukupla....risau ya ampun sesangat...
 lelaki kurus yang gagah...wan banyak membantu kami...TQ Wan dan Nurul Izza...sama-sama susah kami tetap bersama...apa yg penting kerjasama...
kami membahagikan barang-barang setiap orang apa yang perlu dibawa....nak redah banjir ni bukan senang k...ni baru kat area umah level tang ni...ada pot-pot yang bahaya..sebab tu ada berlaku kematian tempohari di sungai isap ni....lepas tu kaki kami ni hanya allah jer yang tahu betapa lenguhnya mengharungi air banjir...wawawawawa




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...