Thursday, September 29, 2011

future anak-anak..

Salam semua...hari ni aku akan story topik future anak-anak..aku bukannya apa, walaupun anak aku masih kecik...baru jerk 3thn 6bulan tetapi aku sudah memikirkan ttg persekolahan anak-anak...aku ni kan parenting knowledge mmg cepat sikit...semua telah aku susun baikkkkk demi masa depan anak-anak..now dalam kepala otak aku ni memikirkan samaada nak hantar anak sekolah mana after this...

Aku tengah memikirkan samaada nak hantar anak aku kesekolah agama, sekolah biasa atau sekolah cina...ermmmmm very complicated..bagi aku setiap ibu bapa mahukan yang terbaik demi pendidikan anak-anak, utk masa depan diaorang jugak...memandangkan masakini persaingan sengit dalam dunia pekerjaan, pendidikan menjadi tunjak utama..setiap ibu bapa mempunyai perspektif pemikiran dan pandangan yang berbeza...

Aku plak tidak narrow minded dengan sekolah agama sebab sekarang ni sekolah agama pun more advanced, tak mcm dulu...bg aku pepehal pun ilmu agama dan dunia ni kena seimbang...dalam apa jua kemajuan yg dicapai oleh seseorang manusia dimuka bumi adalah amalannya...ilmu agama memainkan peranan penting dalam membentuk akidah manusia...bila kita dah hantar anak ke sekolah, tambahan knowledge perlu diperlukan jugak untuk memastikan pemahaman anak-anak diasah tajam...hehehehehhehehe :)

yerla nak melentur buluh biarlah dari rebungnya...kadang-kadang aku terfikir terlebihhhhhh, alangkah bahagianya dalam hati aku yg bergelar seorang ibu yang telah meninggal dunia tetapi segala urusan jenazahnya diuruskan oleh anak lelakinya..i means dari A-Z anak lelakinya yang menguruskan segalanya...hasil dari didikan seorang ibu dan bapanya...mmg sejuk perut mak mengandung weiiii!!!!!!

tak ramai anak lelaki masa kini boleh buat sebegitu..semua serah tugas pada orang masjid..itu yg aku nampak la dari persekitaran sepanjang aku hidup 31 tahun ni...aku tak mendambakan harapan yang tinggi menggunung tp sebagai seorang mama aku akan cuba yang terbaik mendidik anak-anak aku....aku tetap bersyukur dengan pemberian Allah SWT kepada aku..pepehal pun untuk mendidik anak-anak ni, peranan ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam bab mendidik anak-anak..takle serahkan 100% kepada cikgu cikgi...

benda-benda ni apa pro dan kontra..terpulang kepada kita untuk menghantar anak kat sekolah mana....ikut kemampuan keluarga dan jangan suka membandingkan anak-anak orang dengan anak-anak kita...kalau kita nak anak kita jadi macam2 ni..so kita kenalah spent budget, hantar tuisyen dan kita sendiri sebagai mak dan ayah kena berubah...perubahan tu i means kena rajin memasak sendiri utk bawak bekalan kepada anak-anak, kena rajin solat jemaah dengan anak-anak bersama-sama, kena rajin mentelaah pelajaran anak-anak, kena spent time dengan anak-anak, kena dekati hati dan perasaan anak-anak dan etc.....

parenting knowlegde kena tinggi dan kena mengikuti perkembangan semasa...tetapi pendekatan ibu bapa kita yg dulu2 yg boleh digunapakai jangan sama sekali kita abaikan...kena amik pot ok!!!! pepehal aku dan suami kenala berubah....demi anak-anak....masih lagi mencari-cari pathway pendidikan anak-anak...

kalau readers ada komen-komen boleh la memberi idea sikit kepada aku ni...harap2 aku dapat membuat keputusan yang terbaik...insyaallah...amin

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...